Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tips Penjagaan Rambut Wanita Berhijab

Penjagaan rambut para hijabi sama penting bagi mengelakkan kekusaman rambut
Editor
11 Dec 2019, 06:06 PM

tips penjagaan rambut wanita berhijab

Walaupun anda memakai tudung tidak semestinya anda boleh abaikan penjagaan rambut anda. Malah, anda sepatutnya menjaganya denga lebih rapi.

Kesihatan rambut anda akan terjejjas sekiranya tidak dijaga dengan betul, kerana ia tidak dapat ‘bernafas’ sepanjang hari. Keguguran dan rambut kering boleh berlaku. Mari kita kongsi sedikit tips penjagaan rambut yang sihat.

 

1. Kenali jenis rambut anda!

Ada bermacam-macam jenis rambut di dunia ini. Ada yang kerinting, ada yang lurus, ada yang ikal. Dengan mengetahui jenis rambut, anda boleh mengatur penjagaan yang sesuai dengan jenis rambut anda kerana rambut yang berbeza memerlukan penelitian yang berbeza.

 

2. Ketahui masalah rambut anda dan produk yang sesuai

Banyak kemungkinan yang boleh berlaku kepada satu-satu jenis rambut, dan setiap masalah seseorang mungkin berlaianan dengan rambut orang lain. Beli produk rambut yang bersesuain dengan maslah yang dihadapi. Kalau tidak pasti, tanya penjuial produk tersebut tentang butiran produk tersebut atau beli saiz yang paling kecil untuk anda mencubanya. Kalau tidak sesuai, cari produk lain.

 

3. Jumpa dan minta nasihat daripada pakar rambut

Sangat bagus sekiranya anda dapat berjumpa dengan pakar rambut dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada mereka. Anda boleh buat ujian rambut untuk mengenalpasti secara mendalam masalah rambut anda.

 

4. Jangan terlebih cuci

Sebenarnya kita tidak perlu cuci rambut kita tiap-tiap hari. Basuhan rambut dengan syampu secara terlalu kerap akan mengeringkan rambut kita dan menghalang dariupada minayka semula jadi daripada keluar. Minyak semula jadi akan menolong menguatkan rambut kita.

tips penjagaan rambut wanita berhijab

 

5. Gunakan serum dan ‘conditioner’

Sekiranya rambut anda melepasi bahu, pastikan  anda menggunakan conditioner selepas membasuh rambut anda dengan syampu, untuk mengelakkan hujung rambut daripada kekeringan. Elakkan guna conditioner ke atas kulit kepala.

Jangan pula gunakan terlalu banyak kerana ia akan membuatkan rambut anda terlalu berminyak.

 

6. Jangan ikat dengan terlalu kuat!

Ikatan yang terlalu kuat dan tinggi boleh menyebabkan sakit kepala dan kebotakan anak rmabut di bahagian depan.

 

Semoga tips-tips ini dapat membantu para hijabi di luar sana.

Sumber: OhBulan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us