Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tips Rutin Tidur Bayi dan Ibubapa

Pandangan pakar terhadap rutin tidur bayi dan ibubapa
Editor
13 Nov 2019, 11:17 AM

Bagi ibubapa yang baru menimang cahaya mata, sama ada yang pertama, atau yang keberapa kali, isu tidur adalah isu yang sangat penting. Putaran tidur anak-anak secara tidak langsung memberi kesan kepada putaran tidur ibu dan ayah. Seorang pakar dalam kitaran tidur manusia terutamanya bagi anak yang baru lahir memberi sedikit tips dan pandangan yang boleh kita ambil dan praktikkan ke dalam hidupan seharian kita.

tips rutin tidur bayi dan ibubapa

Kitaran tidur bayi

Pertama sekali, bayi yang baru lahir banyak tidur, tetapi tidur mereka masih belum matang sepenuhnya. Mereka perlu belajar bagaimana untuk tidur dengan nyenyak dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Secara purata bayi kecil tidur selama 15 ke 18 jam sehari. Mereka tidur dalam kadar yang sedikit tetapi banyak kali.

Pada beberapa penggal pertama, mereka mudah terganggu ketika tidur kerana mereka masih berada pada peringkat tidur-tidur ayam.

Kadang-kadang, kita tidak boleh mengawal tidur bayi kita, dan mereka bangun di tengah malam. Ini merupakan mimpi ngeri ibu dan ayah yang baru sahaja hendak melelapkan mata. Pakar mengatakan, langkah yang paling bagus adalah dengan membiarkan bayi anda untuk belajar agar dapat kembali tidur dengan sendirinya.

Namun, sekiranya bayi anda sudah terjaga dengan sepenuhnya, dan ditambah dengan lalakkan tangisan, anda boleh pergi dan dodoikan mereka kembali untuk tidur.

Kadangkala, “less is more”. Dimana pakar mengatakan bayi hanya menginginkan perasaan di mana mereka tidak bersendirian. Sedikit tepukan lembut dan pelukan dapat memberikan mereka kepuasan dan langsung kembali untuk tidur.

tips rutin tidur bayi dan ibubapa

Keperluan rutin tidur untuk bayi dan ibubapa

Untuk bayi yang baru lahir, mereka tidak memerlukan banyak aspek untuk tidur dengan selesa. Tetapi, masa tidur yang konsisten dan beberapa langkah pra-peniduran dapat membantu dalam mengawal tidur bayi.

Sedikit rutin tidur seperti menukar baju bayi, lampin yang baharu, malapkan lampu, dan sedikit susuan sebelum tidur dapat membantu bayi untuk mendapat tidur yang teratur dan berkesan.

Bagi ibubapa pula, rutin tidur yang sihat sangat penting terutamanya bagi mereka yang bekerjaya. Rutin yang teratur sebelum tidur juga penting bagi ibu bapa untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

  • Pastikan penggunaan barang elektronik seperti komputer dan telefon bimbit dihentikan 60 minit sebelum tidur.
  • Tidur pada lingkungan jam 10 atau 11 malam adalah waktu yang ideal untuk ibubapa tidur.
  • Sedikit aktiviti yang menenangkan seperti membaca buku, meditasi atau mendengar music yang lembut dan beralun dapat membatu badan kita supaya bersedia untuk tidur.

Sekiranya bayi anda seringkali terjaga dan menangis pada waktu malam, anda boleh mengambil giliran untuk menidurkan kembali anak antara ibu dan ayah. Bukan sahaja kerana kesaksamaan rumahtagga, tetapi supaya masing-masing mendapat rehat yang cukup.

Sumber: OCR

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us