Artikel ini ditaja oleh Subaru
Kredit: Subaru Asia & chanakon laorob/Getty Images
Bila tengok orang lain bawa kereta, macam senang je kan? Bawa kereta duduk steady sambil layan lagu atau podcast, naik turun bukit pun tiada hal. Paling kagum, bila parkir, elok je masuk dalam kotak. Lancar!
Macam mana nak jadi pemandu pro macam tu?
Nak jadi pemandu pro ni tak susah pun. Selain kena selalu praktis bawa kereta, kenalah pastikan kereta tu pun lengkap dengan features penting yang memudahkan pemanduan.
Kiranya kalau ada ciri-ciri ni, boleh bantu kita untuk alert dengan persekitaran serta menjadikan pemanduan lebih selamat.
Dan Subaru XV ada features yang anda perlukan ni!
SUV 5 tempat duduk Subaru XV ni memang versatil. Nampak sporty dengan rim 17 inci dan lampu depan yang tirus di sisi. Didatangkan dengan kerusi tempat duduk yang mempunyai fungsi memori dan 8 tetapan pemandu, dan lebih 100 ciri keselamatan termasuklah 👇
#1 Pacuan Semua-roda Bersimetri
Pacuan Semua-roda Bersimetri (SAWD) ni mudah dikawal atas pelbagai jenis permukaan.
Iyalah, Malaysia ni kan negara khatulistiwa, cuaca pun panas dan lembap sepanjang tahun. Dengan jumlah hujan yang banyak ni, kita perlukan kenderaan yang stabil dan seimbang terutamanya atas jalan basah dan licin.
#2 Teknologi Bantuan Pemanduan EyeSight
Kalau bawa kereta, sepasang mata je tak cukup nak tengok depan, kiri, kanan, belakang. Tu belum masuk blind spot dan halangan yang datang tiba-tiba.
Sebab tu kita perlukan teknologi EyeSight:
-
Sistem brek pra-pelanggaran (PCB)
Memberi amaran awal jika kesan risiko pelanggaran hadapan. Kalau pemandu tak bertindak, EyeSight akan berhentikan kenderaan secara automatik.
-
Pengurusan pendikit pra-pelanggaran (PCTM)
Berfungsi mengelakkan kenderaan meluncur ke hadapan sekiranya pemandu secara tidak sedar menukar gear ke mod ‘pandu’ ketika berada di parkir.
-
Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
Hanya perlu tetapkan aturan kelajuan yang dikehendaki, EyeSight secara automatik akan kekalkan jarak selamat dengan kenderaan hadapan. Jadi tak perlu tekan brek dengan kerap, bolehlah pandu santai-santai.
-
Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVSA)
Dengan fungsi ni, anda akan diberikan amaran jika pemandu di hadapan dah mula bergerak.
-
Amaran Keluar Lorong (LDW) & Amaran Lencong Lorong (LSW)
Jika tiba-tiba anda hilang fokus dan masuk lorong sebelah tanpa isyarat, EyeSight akan bunyikan amaran dan penanda pada paparan skrin.
#3 Bantuan Pemanduan X-Mode
Dengan X-Mode, daya tarikan kenderaan dimaksimumkan terutamanya bila berada di atas jalan yang tidak rata, laluan berbatu, basah atau berbukit.
#4 Enjin Boxer Lebih Stabil
Siapa kata enjin tak pengaruhi pemanduan?
Enjin bukan je tentukan kereta tu jimat minyak ke tak, macam Subaru XV ni hanya menggunakan 7.3 liter untuk setiap 100 km, tapi enjin boxer ni lebih stabil kerana pusat gravitinya lebih rendah, getaran pun kurang. Jadi lebih senang nak kendalikan kenderaan terutamanya ketika di selekoh.
#5 Skrin LCD sesentuh bersaiz 8 inci
Kredit: Subaru Asia
Skrin besar ni bukan sekadar untuk hiburan tetapi memudahkan untuk pandu arah kepada pemandu melihat halangan di belakang.
Nak miliki Subaru XV dan pandu seperti pro?
Bukan je lebih selamat dan selesa sepanjang pemanduan tetapi rekaan dalaman Subaru XV juga luas dan selesa. Ruang letak barang pun besar. Sesuai sangat untuk perjalanan jauh mahu pun dekat.
Kredit: Subaru Asia
SUV Subaru ni boleh didapati dalam dua variasi: Subaru XV & Subaru XV GT.
Terdapat dua tahap Subaru XV tempatan. Selain versi Subaru XV 2.0i-P EyeSight, ada Subaru XV GT juga untuk anda. Bezanya, Subaru XV GT lebih sporty serta mempunyai bampar depan dan belakang serta skirt sisi, penutup perlindungan tangki air dan rim roda yang lebih menarik. Pintu belakangnya juga dibenamkan dengan papan nama ‘GT Edition’.
Bukan tu je, ruang dalaman Subaru XV GT juga didatangkan dengan tempat duduk sukan serta balutan kulit yang lebih sporty.
Kedua-dua model ini boleh didapati dalam 6 warna badan iaitu hitam, kelabu, perak, biru, putih dan coklat.
Subaru nak beri anda promosi Istimewa!
Anda tak tersalah baca! Ada promosi menarik untuk pelanggan Subaru XV!
Subaru Malaysia nak berikan pelanggan XV diskaun sehingga RM31,000 sempena Tahun Baru Cina ini, khas buat pelanggan yang membuat tempahan antara 6 Januari hingga 28 Februari 2025. Bukan tu je, anda juga boleh sertai cabutan bertuah ‘HUAT’ untuk peluang menang pelbagai hadiah menarik termasuklah rebat tunai segera RM1,888 atau HD dash cam bernilai RM1,450 (termasuk pemasangan).
Kredit: Subaru Asia
Apa tunggu lagi, nak tahu lebih lanjut tentang promosi menarik Subaru Malaysia, bolehlah klik link promosi ni. Untuk yang nak tempah slot pandu uji, klik di sini.
Atau anda boleh datang ke pusat jualan Subaru berhampiran. Ikuti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok Subaru Asia untuk maklumat lanjut dan promosi terkini!