
Foto: Astro Radio
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Masjid Negara pada jam 11 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau dilihat berpakaian serba hitam diiringi ahli keluarga beliau dan beberapa orang pengawal peribadi sepanjang perjalanan ke Masjid Negara.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi (atau sinonim dengan Pak Lah) yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam, Isnin di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Sekadar info, Allahyarham dilantik menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.
Sumber: Astro Radio
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.