Kalau gosok gigi pakai ubat gigi pada waktu pagi, confirm tak akan mamai dah!
Bangun pagi selalunya kita akan berus gigi terlebih dahulu, supaya rasa lebih segar. Ada orang tak suka gosok gigi pada waktu pagi sebab ubat gigi yang selalu perisa mint dikatakan pedas.
Tapi tak sepedas ubat gigi ini yang berperisa Korean Spicy Noodles. Yes guys, dah ada ubat gigi perisa Samyang!
Siapa peminat Samyang tegar mesti dah pernah cuba makan pelbagai jenis Samyang. Dan mesti tahu betapa pedasnya mi Samyang ni! Boleh bayangkan tak gosok gigi perisa Samyang ni?
Baru-baru ini Samyang bekerjasama dengan jenama kebersihan di Korea Selatan, bernama Aekung, untuk menghasilkan ubat gigi paling canggih yang pernah ada.
Ubat gigi ini dikatakan mempunyai kepedasan yang sama dengan rasa Hot Chicken Ramen tetapi dilengkapi dengan sentuhan mentol tambahan untuk memastikan gigi anda tetap putih dan memberikan nafas yang segar.
"2080 Hochi Toothpaste" mempunyai semua bahan dan khasiat seperti ubat gigi biasa tetapi mereka yang ingin mencuba ubat gigi pedas ini harus tahu bahawa ubat gigi ini berwarna merah yang sangat pekat. Kalau sekali tengok pun akan terkejut!
Ubat gigi ini ada dua perisa- versi biasa dan versi "kepedasan nuklear" yang kalau dari bunyinya saja pun dah cukup menakutkan.
Mereka yang sudah menggunakan ubat gigi mi pedas ini mendakwa bahawa ubat gigi ini tidak rasa seperti mi Samyang itu. Bahkan, mereka kata ia sebenarnya amat menyegarkan, tetapi kami masih ragu-ragu (terutama dari penampilan warna merah pekat tu).
Kolaborasi yang menarik ini pastinya akan membuat kita ada perasaan ingin tahu bagaimana rasanya dan jika ubat gigi akan membuat lidah kita rasa terbakar.
Kalau korang berani tak nak cuba ubat gigi Samyang ni?
Sumber: SHOUT/ Aju Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.