
Tiap kali sakit lutut datang, mesti pergerakan sangat terbatas. Nak bersolat pun rasa sakit ketika setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.
Halia ialah ubat yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Bahan - bahan :
- 1 ketul halia
- 1 cawan air
- Sedikit perahan jus lemon
- Sedikit madu
Cara-cara:
- Hancurkan 1 ketul halia
- Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air
- Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk.
- Didihkan selama 10 minit
- Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi.
- Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
- Pastu masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon.
- Kacau hingga sebati.
- Pastu boleh diminum. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang
Selamat mencuba.
Sumber dari Abang Terlajak Laris dan Facebook Azliza Talib
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.