Ismanira Abdul Manaf terus meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

“Dekat ataupun berjauhan, awak selamanya di hati saya,” katanya.
Menurut perkongsian di laman Facebook miliknya, Ismanira berkongsi gambar mereka sekeluarga di dalam sebuah kereta.
Malah, warganet turut berduka dan sebak dengan ibu arwah Zayn Rayyan, walaupun tidak mengenali secara peribadi kanak-kanak autistik itu.
“Izinkan saya guna gambar wildan syurga puan. Saya sangat terkesan,” kata seorang warganet.
“Kuat ya. Kami tak ada ikatan pun tak boleh lagi lupakan wajah Zayn. Hari-hari nak kena tengok wajah menenangkan hati kami,” jelas seorang warganet.
“Tak pernah tak mengalir air mata bila terpandang atau teringat kat arwah. Betul-betul penyejuk mata. Semoga ibu Zayn n keluaga tabah,” komen seorang warganet di Facebook.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.