
Oleh Ina Mohd. Sumber Bright Side. Foto kredit Google.
Sebagai ibu bapa, kadang-kadang ada juga rasa geram terhadap anak-anak yang masih kecil. Tetapi nama pun budak, apa yang difaham. Kita sebagai ibu dan bapa yang perlu mengatur hidup mereka supaya apabila dewasa kelak mereka faham. Ada juga ibu bapa yang menggunakan pendekatan “angkat tangan”. Ada baik dan tidak sebenarnya. Kadang-kadang anak ingat kita tidak sukakan mereka akibat pendekatan “angkat tangan”.
Sebenarnya ada cara tertentu dalam mengajar anak. Selain dari itu kalau kita sentiasa memberi kata-kata semangat atau manis kepada mereka, sedikit sebanyak mereka memahami apa itu kehidupan. Pakar psikologi kanak-kanak, Yekaterina Kes menyenaraikan ungkapan yang boleh anda berikan kepada anak-anak. Ungkapan tersebut membantu anak-anak memahami kasih sayang dan merapatkan hubungan kekeluargaan.
MENUNJUKKAN RASA KEPERCAYAAN KEPADA ANAK
• Kami percayakan kamu.
• Kami hormat keputusan kamu.
• Memang sesuatu perkara itu sukar, tetapi kami percaya kamu boleh lakukan.
• Kamu lakukan sebetulnya.
• Bagaimana kamu buat sebaik ini?
• Ajar kami bagaimana kamu lakukan supaya kami boleh berjaya seperti kamu.
• Kamu boleh lakukan sebaiknya dari kami sebenarnya!
BERI KATA-KATA SEMANGAT SETELAH MEREKA BEKERJA KERAS
• Kami boleh lihat kamu begitu bekerja keras untuk jadikan sesuatu itu berjaya
• Kami boleh lihat kamu cuba bersungguh-sungguh
• Kamu bekerja keras dan ini adalah kejayaan yang sempurna buat kamu!
• Kamu memang banyak menghabiskan masa untuk projek tersebut.
• Semua kerja keras yang kamu buat,berbaloi.
• Dengan kerja keras, maka kamu akan dapat keputusan yang bagus.
UCAPKAN TERIMA KASIH KERANA DAPAT MENGHABISKAN MASA BERSAMA-SAMA
• Saya amat hargai masa yang kita habiskan bersama-sama.
• Saya tidak sabar untuk bermain bersama kamu esok.
• Sangat menarik kerana dapat lakukan ini bersama kamu.
• Saya sangat gembira dapat bermain dengan kamu.
• Saya gembira kamu bersama saya di rumah.
• Saya sungguh gembira apabila bersama kamu.
SENTIASA UCAPKAN TERIMA KASIH
• Terima kasih kerana melakukan semua ini.
• Saya sangat bersyukur kerana kamu membantu saya.
• Kamu betul-betul membantu saya.
• Terima kasih kerana memahami.
• Saya tidak tahu bagaimana selesaikan perkara ini tanpa kamu.
NYATAKAN PERASAAN ANDA DENGAN APA YANG ANDA LIHAT
• Bilik kamu sangat bersih!
• Wow! Kamu telah berjaya buat katil kamu sendiri! Hebat!
• Banyak warna yang menarik dalam gambar ini!
• Saya perasan kamu bersihkan meja kamu sendiri. Bagus!
Dengan ungkapan-ungkapan di atas mungkin sedikit sebanyak menyejukan hati anak anda. Walaupun perkataan sangat mudah tetapi kadang-kadang ia terkesan di hati. Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.