Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Arab Saudi Sediakan Unit Khas Dialisis di Madinah untuk Jemaah Haji Berpenyakit Buah Pinggang

IDRUS, Husna Najwa
23 May 2025, 10:54 AM

arab saudi sediakan unit khas dialisis di madinah untuk jemaah haji berpenyakit buah pinggang

Foto: SPA 

Kluster Kesihatan Madinah di Arab Saudi telah menubuhkan unit khas rawatan dialisis di Pusat Buah Pinggang King Fahad (KFKC) bagi memberikan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi kepada jemaah haji yang menghidap penyakit buah pinggang. 

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), inisiatif ini bertujuan memenuhi keperluan kesihatan jemaah dengan mengambil kira pergerakan serta jadual ibadah mereka sepanjang musim haji. 

Kemudahan tersebut dilengkapi dengan teknologi perubatan moden dan menempatkan 13 mesin dialisis yang mampu menjalankan lebih 26 sesi rawatan setiap hari. 

Pasukan perubatan pakar juga disediakan untuk memastikan keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit berada pada tahap tertinggi. Selain itu, Kluster Kesihatan turut bekerjasama dengan misi perubatan kempen haji dengan menerima laporan kesihatan awal bagi menilai keadaan jemaah sebelum ketibaan mereka. 

arab saudi sediakan unit khas dialisis di madinah untuk jemaah haji berpenyakit buah pinggang

Foto: Facebook Islamic Information

Langkah ini membolehkan jadual dialisis disusun lebih awal sebaik sahaja jemaah tiba di Madinah, sekaligus mengurangkan masa menunggu serta memudahkan pengurusan logistik. 

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha komprehensif Kerajaan Arab Saudi dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan menyeluruh bagi memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah haji dalam keadaan sihat dan selesa. 

Sumber: Bernama-SPA 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us