Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 36 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,425 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 45 kes masih menerima rawatan di ICU.
Tiada kematian akibat COVID-19 dicatat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal 89 kes setakat 20 April 2020.
Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 98 menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 3,295. Syabas KKM!
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.