Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 57 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,482 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 43 kes masih menerima rawatan di ICU.
Dukacita dimaklumkan terdapat tiga kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal 92 kes setakat 21 April 2020.
Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 54 menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 3,349. Syabas KKM!
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.