Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 55 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,353 setakat 4 Mei 2020. Daripada jumlah ini, 7 kes merupakan kes import, dan selebihnya adalah melibatkan kes tempatan.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 1,764 kes merupakan kes aktif dan 28 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU.
Dimaklumkan juga tiada kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal kepada 105 orang setakat ini.
Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 71 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,484. Syabas KKM!
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.