Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 156 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,119 kes setakat 8 April 2020.
Daripada jumlah itu, 76 kes kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 45 daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, 2 jumlah kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 65 setakat ini.
KKM juga melaporkan terdapat 166 jumlah pesakit pulih daripada wabak COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 1,487 jumlah pesakit. Syabas KKM!
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.