Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah, 5 Mei lalu.

Menurut video tersebut, video tersebut jelas memaparkan Faisal diserang selepas kira-kira 10 saat suspek bersembunyi di belakang kenderaan lain sebelum kejadian berlaku.
Ketika suspek menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC itu berkali-kali, kelihatan Faisal berang sebelum terduduk di tepi kenderaan lain.
Suspek sempat berpatah balik untuk mengutip botol dipercayai mengandungi asid yang disimbah sebelum melarikan diri bersama rakannya yang menaiki motosikal.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya memaklumkan rakaman tersebut adalah sulit dan merupakan bahan bukti insiden terbabit.
Pihaknya akan menyiasat individu yang menyebarkan video tersebut yang tular di media sosial hari ini.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.