Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Video Perpisahan Majikan dan Perkerja Undang Sebak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Apr 2025, 05:19 PM

video perpisahan majikan dan perkerja undang sebakFoto: Tangkapan skrin layar X

https://x.com/mynewshub/status/1917250814575624495

Sebuah video menyentuh hati tular di media sosial memaparkan detik perpisahan antara beberapa pekerja warga Bangladesh dan majikannya selepas 18 tahun berkhidmat menjaga kebun.

Video tersebut dimuat naik oleh laman media sosial X dan meraih ribuan tontonan serta reaksi daripada pengguna media sosial yang tersentuh dengan momen penuh emosi itu.

 

 

Dalam rakaman berkenaan, kelihatan pekerja tersebut yang sudah lanjut usia memeluk majikannya dengan penuh keikhlasan sambil mengucapkan selamat tinggal.

Majikannya turut menyatakan penghargaan atas kesetiaan dan komitmen luar biasa yang ditunjukkan sepanjang hampir dua dekad bersama mereka.

Momen itu jelas menunjukkan hubungan majikan-pekerja yang melebihi sekadar hubungan kerja, penuh rasa hormat, kasih dan keikhlasan.

Reaksi netizen di ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian dan sokongan. Ramai yang mengakui terharu melihat kesetiaan dan dedikasi pekerja tersebut, malah menganggapnya sebagai lambang pekerja contoh yang jarang ditemui pada zaman sekarang.

“18 tahun bukan tempoh yang singkat. Dia bukan sekadar pekerja, tapi dah macam keluarga,” tulis seorang pengguna X.

Seorang lagi netizen turut berkata, “Air mata saya jatuh tengok video ni. Semoga pakcik ni sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.”

Ramai juga yang memuji sikap majikan yang jelas menghargai sumbangan pekerjanya dan tidak memandang rendah walaupun dia hanyalah seorang pekerja asing.

“Inilah contoh majikan yang berhati mulia. Hargai orang yang kerja dengan kita, bukan sekadar bayar gaji, tapi hormat mereka sebagai manusia,” tulis seorang pengguna lain.

Video itu bukan sahaja membuka mata masyarakat tentang peranan besar pekerja asing dalam sektor pertanian dan pekerjaan kasar, tetapi juga mengingatkan betapa pentingnya nilai kemanusiaan dan saling menghormati dalam apa jua hubungan.

Detik ini menjadi satu peringatan bahawa setiap insan, tanpa mengira asal usul atau status pekerjaan, wajar diraikan dan dihargai atas jasa dan pengorbanan mereka.

Sumber: X @mynewshub

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us