
Foto: X (@drfitriyusof)
Percutian keluarga besar di sebuah villa yang terletak di Kuantan bertukar mimpi buruk apabila seorang kanak-kanak cedera akibat jubin pecah di kolam renang sehingga memerlukan 11 jahitan.
Menurut keluarga mangsa melalui akaun X (@drfitriyusof), tiada sebarang papan amaran diletakkan di kawasan kolam.

Foto: X (@drfitriyusoff)
Selepas kejadian pengurus villa memaklumkan, “Oh, lupa nak bagi tahu kolam tu ada jubin pecah.” Kejadian itu mencetuskan kemarahan keluarga yang merancang sambutan hari keluarga dan jamuan hari raya di lokasi tersebut.
Selain isu keselamatan, keluarga turut meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan villa yang didakwa sambil lewa. Rumput di kawasan sekitar tidak dipotong walaupun sudah diminta beberapa minggu lebih awal, menyebabkan ahli keluarga sendiri terpaksa memotong kemuncup dengan gunting bagi mengelak terkena pakaian raya.
Tambahan pula, layanan kepada pelanggan juga dipersoalkan apabila seorang ahli keluarga yang tiba dari Melaka hanya disuruh mengambil kunci sendiri tanpa sambutan mesra, manakala seorang tetamu wanita dari Perlis yang telah membuat tempahan bilik berasa kecewa kerana bilik didapati penuh.
Keluarga tersebut kini sepakat untuk memberi ulasan negatif di Google Review sebagai peringatan kepada pelanggan lain agar berhati-hati. Mereka berharap pihak pengurusan mengambil serius perkara ini dan memperbaiki keselamatan serta mutu layanan.
Sumber: X (@drfitriyusof)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.