Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Kalau Sihat, Gunalah Eskalator” – Wanita Bawa Stroller Kesal Lif Dipenuhi Golongan Bujang, Netizen Beri Pelbagai Respons

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 May 2025, 12:15 PM

“kalau sihat, gunalah eskalator” – wanita bawa stroller kesal lif dipenuhi golongan bujang, netizen beri pelbagai responsFoto: Tangkapan skrin TikTok

Kemudahan lif di tempat awam seperti pusat membeli-belah disediakan untuk memudahkan pengunjung, terutama mereka yang memerlukan keutamaan seperti ibu bapa dengan anak kecil, warga emas, atau individu kurang upaya. Selalunya, pihak pengurusan juga memasang notis yang menyenaraikan golongan yang sepatutnya diberi keutamaan ketika menggunakan lif.

Namun begitu, isu penggunaan lif kerap menjadi perdebatan hangat di media sosial, khususnya berkaitan siapa yang patut didahulukan menggunakan fasiliti tersebut.

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga seorang TikToker dikenali sebagai Ain Mak Rentan meluahkan rasa kecewa apabila dia sukar menggunakan lif di sebuah pusat membeli-belah kerana lif itu penuh dengan golongan bujang yang sihat.

Dalam video yang dikongsi, Ain sedang menunggu bersama suami dan anak-anak kecilnya sambil membawa stroller.

Dia meminta agar golongan muda yang sihat supaya menggunakan eskalator sahaja supaya tidak menyulitkan ibu bapa yang membawa anak kecil dan terpaksa menunggu lama untuk mendapat giliran untuk menggunakan lif.

“Ini yang aku bengang ni, kalau sihat-sihat saja, naiklah eskalator. Kenapa nak berebut guna lif juga? Menyusahkan kami yang ada anak kecil,” ujar Ain dengan nada kecewa.

 

@ainmakrentan Cuba la bagi kat ibu bapak yang bawak stroller lift tu. penat aku tunggu #CapCut #makrentan #melaka #klcc #stroller ♬ original sound - Mak Rentan

 

Video itu turut memaparkan pelekat peringatan yang dipasang bersebelahan pintu lif yang menunjukkan golongan yang perlu diberi keutamaan menggunakan kemudahan tersebut.

Perkongsian ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong teguran wanita tersebut kerana menganggap tindakan golongan bujang itu tidak peka dan mementingkan diri, terutama bila ada orang yang lebih memerlukan kemudahan lif.

Sebaliknya, ada juga yang menegaskan bahawa setiap individu berhak menggunakan fasiliti awam dan menasihati TikToker tersebut supaya tidak membuang masa menunggu dan sebaliknya gunakan eskalator jika mampu.

Situasi ini jelas menunjukkan pentingnya kesedaran dan sikap bertimbang rasa dalam menggunakan kemudahan awam.

Kita perlu menghormati keutamaan yang diberikan agar kemudahan tersebut dapat digunakan secara efektif dan adil oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.

Namun, pada masa sama, golongan yang tidak berkeperluan mungkin boleh mengambil inisiatif menggunakan eskalator untuk mengelakkan kesesakan dan memberi peluang kepada yang lebih memerlukan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us