Baru-baru ini, kecoh di media sosial di Indonesia apabila suami pempengaruh media sosial, Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreador mengaku bersalah atas dakwaan memukul isterinya.

Menurut wakil polis Bogor, Armor mengaku memukul isteri hanya disebabkan terkantoi menonton video lucah.
“Tertuduh didapati menonton filem dewasa (lucah). Itu kali terakhir mangsa dipukul,” kata pihak polis dalam sidang media, semalam.
Isu ini berbangkit apabila isterinya memuat naik video dikasari suami menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik tidur mereka.
Difahamkan, lelaki terbabit bukan sahaja melakukan keganasan rumah tangga, bahkan beberapa kali kantoi curang sepanjang lima tahun perkahwinan.
Malah, Intan juga mendedahkan dia mempunyai banyak lagi video dalam simpanan sebagai bukti keganasan Armor sepanjang perkahwinan mereka.
Lebih menyedihkan, video tersebut jelas memaparkan Armor memukul, menendang dan mencengkam wanita itu berkali-kali.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.