Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Cipta Sejarah Sebagai Wanita Islam Pertama Pegang Jawatan Peguam Negara AS!

Saima Mohsin bakal menjadi Muslim pertama yang memegang jawatan tersebut di negara itu.
Editor
26 Jan 2021, 06:15 PM

Amerika Syarikat bakal menyaksikan sejarah apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal memegang jawatan sebagai peguam negara AS. Sekaligus menjadi wanita Muslim pertama yang memegang jawatan tersebut di negara itu.

cipta sejarah sebagai wanita islam pertama pegang jawatan peguam negara as!

Menurut laporan akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, Saima Mohsin, 52, menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan, dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari hadapan.

Mengikut Perlembagaan AS, tugas Peguam Negara adalah sebagai ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka.  Selain itu, mereka turut terlibat dalam proses litigasi yang membabitkan Kerajaan Amerika Syarikat.

Kuasa perlantikan Peguam AS di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat jatuh kepada Presiden negara itu.

Schneider mengumumkan persaraannya pada Khamis lalu, turut memberitahu pihak media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama Peguam AS untuk daerah timur Michigan, akan menggantikan tempatnya. Schneider elah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan.

Mohsin yang lahir di Pakistan, telah menjadi  Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad, dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.

“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam posisi yang cukup penting, iaiatu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur negeri ini,” menurut akhbar itu lagi.

Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat AS sebelum boleh menjawat jawatan itu secara kekal.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us