Seorang wanita Itali berusia 104 tahun yang sudah pulih dan selamat dari wabak COVID-19, menjadikan orang tertua di dunia bertahan melawan COVID-19.
Menurut laporan The Sun, lapan hari selepas kerajaan mengenakan kawalan pergerakan di Itali, Ada Zanusso pada awalnya telah jatuh sakit di rumah jagaannya di Biella di utara Itali pada 17 Mac.
Selepas mengalami muntah, demam dan kesukaran bernafas pada bulan lalu, beliau telah disahkan positif COVID-19.
Anaknya Giampiero memberitahu The Sun, mengesyaki ibunya dijangkiti wabak COVID-19 setelah melihat ramai penghuni rumah penjagaan dijangkiti wabak itu.
"Mereka juga sedih ada beberapa kematian di sana dan saya juga bimbang keadaan ibu," katanya.
Menurut kata doktor yang merawat Ada, Carla Furno Marchese, keadaannya bertambah baik dari semasa ke semasa.
“Saya lihat dia bangun dan tidak baring di atas katil. Dia boleh berjalan lagi.
"Dia dikurniakan kesihatan dan kecergasan. Pemulihannya adalah berita gembira buat kami di sini.
"Ia petanda yang baik dan memberi harapan untuk kita semua melihat lebih ramai mengalami jangkitan Covid-19 pulih seperti sedia kala termasuk berada di Unit Rawatan Rapi," katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.