Seorang peniaga, Baby Girl Ariffin yang mempunyai nama unik ini sering menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan namanya.

Namun, dia tidak kisah dan sudah terbiasa dengan situasi itu dan menganggap ia bukan perkara remeh sebaliknya dapat membantu pihak berkaitan mempermudahkan urusannya.
"Sebenarnya nama itu ibu saudara saya yang berikan. Tetapi dari kecil lagi saya sudah biasa dengan nama panggilan Baby Girl walaupun kesemua adik beradik mempunyai nama yang normal.
"Tetapi sejak kecil saya tidak pernah mengalami kesukaran disebabkan nama ini. Cuma ada yang terkejut dengannya lalu saya mengeluarkan kad pengenalan untuk memberi pengesahan ejaan yang tertera," katanya.
Pada permulaan, dia berasa kekok dan tidak selesa dengan penggunaan namanya tetapi lama kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.