Seorang wanita memiliki ibu jari kaki yang besar pada kedua-dua belah kakinya sehingga doktor sendiri terkejut kerana tidak pernah melihat jari seumpama yang dimilikinya.
Disebabkan keadaan Anna itu, dia muncul dalam sebuah program televisyen, My Feet Are Killing Me, dia menjelaskan bahawa ibu jari kakinya yang lebih panjang berbanding jari normal itu menyebabkan kesakitan yang tidak berkesudahan.
Anna memberitahu keadaannya itu kepada Dr Brad Schaeffer dan melihat program televisyen sebagai satu jalan penyelesaian yang terakhir untuk dia merawat penyakitnya sebelum ia bertambah parah.
Apabila kamera memfokuskan di bahagian kakinya itu, kelihatan ibu jari kaki kanannya hampir dua kali panjang berbanding jari kedua di sebelahnya.
Tapi apa yang lebih mengejutkan apabila ibu jari di kaki kirinya itu ternyata lebih panjang sebaik sahaja di menanggalkan kasut.
Oleh kerana terkejut dengan keadaan Anna, Dr Brad memeriksa kaki wanita tersebut dan menyatakan bahawa ini adalah masalah serius dan boleh menyebabkan beberapa komplikasi.
Sumber: Dailystar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.