Detik cemas seorang penumpang pesawat EgyptAir berakhir dengan berita gembira apabila beliau selamat melahirkan bayinya di dalam kabin ketika penerbangannya dari N'Djamena ke Kaherah pada Rabu.
Menurut laporan Egypt Today, ketika Kultumah Mohammed melahirkan anaknya, beliau dibantu oleh seorang pelajar perubatan dari Universiti Kasr el-Ainy, Laila Mohamed Abou Bakar dalam proses tersebut bersama beberapa anak kapal.
Juruterbang pesawat berkenaan dimaklumkan tentang keadaan wanita berusia 27 tahun itu yang memasuki fasa bersalin aktif dan semakan hampir untuk proses kelahiran bayi sebelum diminta kebenaran untuk membuat pendaratan kecemasan.
Namun, Kultumah melahirkan bayinya ketika berada di ruang udara Sudan.
Bahkan, syarikat penerbangan EgyptAir itu turut berkongsi foto bayi berkenaan di akaun rasmi Facebook.
Kedua-dua ibu dan bayi dikejarkan ke Hospital Univerisiti Aswan sebaik sahaja mendarat di Aswan, Mesir.
Pesawat berkenaan kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi akhir iaitu Kaherah.
Bayi berkenaan diberi nama Abdel Rahman dan kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.