Kadang-kala cinta itu tidak mengenali sesiapa dan ia mungkin terjadi pada bila-bila masa sahaja. Itu yang mungkin terjadi pada seorang lelaki ini.
Kisah bermula apabila lelaki ini duduk bersebelahan seorang wanita yang tidak dikenali dalam penerbangan pulang ke negaranya, Taiwan.
Pada mulanya wanita ini meminta lelaki berkenaan untuk meletakkan beg pada ruang atas kepala dan dari situ mereka mula berborak antara satu sama lain.
Sehinggalah kapal terbang yang dinaiki mereka memasuki ruang udara yang kurang baik, menyebabkan wanita ini ketakutan lalu memegang tangan lelaki ini. Sehingga itu, wanita berkenaan terus tidur bagi menenangkan dirinya.
Tidak habis disitu, wanita yang berasal dari China pertama kali menjejakkan kaki dinegara Taiwan dan mereka kini merupakan pasangan bercinta.
Jom travel! Mana tahu jumpa jodoh?
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.