Seorang wanita di United Kingdom menemui seekor cacing berkepala dua di halaman rumahnya.
Sherie Fox, 56, berkongsi gambar makhluk aneh yang menggeliat di tangannya dan tertanya ramai orang tertarik dengan gambar itu.
Wanita tersebut siap namakan cacing berkepala dua itu dengan nama ‘Kevin’ dan ‘Perry’ sempena dua watak bersiri televisyen era 90-an.
Menurut laporan Glouchestershire, pasangan Sherrie merakamkan detik penemuan itu pada 8 November sebelum melepaskan ‘Kevin’ dan ‘Perry’ ke dalam sebuah pasu tanaman.
Bagi Sherrie yang merupakan seorang pencinta hidupan liar, penemuannya itu amat jarang berlaku dan berharap videonya itu akan membawa sesuatu yang ‘aneh dan indah’ kepada orang ramai.
Selepas meletakkan cacing itu ke dalam pasu tanaman, dia berharap cacing itu tidak terjatuh ke tanah kerana mahu melihatnya lagi pada masa akan datang.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.