Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila warga asing selamba membakar dan menjual jagung di depan menara ikonik, Menara Berkembar Petronas.

Tindakan khas sudah dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penjaja warga asing tanpa lesen yang tular itu.
Menurut kenyataan pihak DBKL, pihaknya juga giat menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga asing dijalankan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee pada Sabtu dan Ahad lepas.
Akta Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 digunakan bagi menjalankan tindakan tersebut.
"Empat tindakan sita atau pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warganegara yang menjaja makanan dan minuman serta dua peniaga pakaian terpakai.
"Selain itu, satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang - Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen dan satu notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bagi kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam turut dikeluarkan, " jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.