Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Warga Emas Cedera Parah Dirempuh Kereta Ketika Berteduh di Lorong Kecemasan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Mar 2025, 10:04 AM

warga emas cedera parah dirempuh kereta ketika berteduh di lorong kecemasan

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki warga emas yang berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk menghindari hujan, mengalami kecederaan serius setelah dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata video kejadian yang melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 76 tahun itu telah tersebar di media sosial pada jam 8.40 malam semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa pemandu kereta berusia 40 tahun telah ditahan untuk membantu proses siasatan.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa motosikal tersebut berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan sebelum tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari belakang,” kata beliau.

Akibat insiden tersebut, penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/0269, atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us