Semua orang tahu warna mainkan peranan penting dalam hidup kita. Sebab itu, pemilihan warna cat dalam rumah sangat penting, ia mempengaruhi perasaan dan emosi kita.
Jadi, sebelum nak cat rumah, lagi-lagi bilik tidur. Buat sedikit research tentang pemilihan warna, sebab inilah tempat yang kita akan banyak luangkan masa terutama sekali masa untuk bersendirian.
Warna yang mana akan memberi ketenangan, yang boleh buat anda berasa gembira dan macam-macam lagi.
Dusty Blue
Warna ini memberi perasaan yang sangat menenangkan. Seolah-olah anda berada di bawah lanjut malam yang tenang. Terdapat satu sel yang dinamakan sel ganglion, yang merupakan ‘reseptor khusus di retina mata’, sensitif terhadap warna biru. Apabila kita melihat warna biru, ia memberi isyarat ketenangan dan keselamatan, membuatkan badan anda rasa cukup relaks sehingga tertidur.
Olive/Dusty Green
Warna hijau menunjukkan sifat paling menenangkan bagi mata manusia. Ia juga memberikan suasana bilik ayang lebih sejuk, bersih serta lebih senyap.
Blush Pink
Merah jambu sering dikaitkan dengan keselamatan, kelembutan dan romantik. Warna blush pink jadi pilihan golongan milenial sekarang kerana membangkitkan mood yang lembut dan relaks, serta menaikkan seri deko dalam bilik.
Pale Beige
Mungkin warna seperti ini nampak agak biasa dan kelihatan membosankan. Tapi dengan tekstur yang tepat, pale beige dapat memberikan suasana bilik yang hangat dan nyaman serta memberikan anda yang berkualiti.
Soft Grey
Kelabu mungkin mengingatkan anda pada cuaca sejuk atau mendung. Warna ini sangat fleksibel, dapat menampung segala jenis hiasan, sambil memberi terapi setiap kali anda ingin beristirehat.
Sumber: WANISTA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.