Syahibudil Ansyaufi dan Nur Varisha Aisy tular di laman twitter selepas melawat muzium diraja. Kedua mereka berumur 7 tahun ini berasal dari Kulai, Johor tampil dalam persalinan seperti Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah.
Foto mereka dipadankan bersama foto Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, dikongsikan di Twitter @weallhungry dan mendapat respons daripada Tunku Azizah.
Makin bersemut lagi bila video mereka dimuat naik
Ibu kepada Syahibudil, Shadathul Naien Abu Bakar berkata kepada mStar
“Anak saya, Syahibudil dan Varisha belajar di sekolah yang sama dan mereka kena pakai baju beragam sempena majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan.”
“Dalam kesibukan saya bekerja dan saat akhir, terfikir untuk pakaikan mereka dengan konsep kemelayuan seperti busana rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Jadi saya tempah baju termasuk aksesori yang disewa dan dibeli dalam tempoh dua hari sebelum majlis”
sejak majlis tersebut, rakan-rakannya termasuk pelajar senior di sekolah memanggil mereka dengan gelaran ‘Agong’ dan ‘Permaisuri’
“Anak saya dan anak saudara beritahu kawan-kawan dan murid senior panggil mereka Agong dan Permaisuri. Anak saya tanya, kenapa mereka panggil Agong? Saya jawab Agong tu raja”
“Anak saudara pula tanya, kenapa mereka panggil Permaisuri?Saya jawab Permaisuri tu isteri kepada Agong. Kita panggil Agong dan Permaisuri tu tuanku.”
Alahai comel jer kanak-kanak ni.
Sumber : twitter, mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.