Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Yassin Yahya Kembali ke Malaysia, Pilih Fokus Bersama Keluarga Selepas Episod Sukar di Jeddah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 May 2025, 10:51 AM

yassin yahya kembali ke malaysia, pilih fokus bersama keluarga selepas episod sukar di jeddah

Foto: Instagram

Pelakon dan pelawak terkenal, Yassin Yahya, akhirnya kembali ke tanah air selepas dikhabarkan 'hilang' selama lebih tujuh bulan daripada radar industri hiburan. Kepulangan beliau sekaligus mengakhiri pelbagai spekulasi mengenai keberadaannya di luar negara.

Berita kepulangan Yassin disahkan oleh isterinya, Farah Waheeda Maharidan, yang mengesahkan bahawa anggota kumpulan Senario itu kini sudah berada di pangkuan keluarga.

"Ya… Yassin sudah pulang ke Malaysia," katanya ringkas kepada media.

Bagaimanapun, Farah enggan mendedahkan tarikh sebenar kepulangan suaminya ke tanah air, sambil memohon agar diberikan ruang untuk Yassin menyesuaikan diri dan menenangkan fikiran selepas melalui satu fasa sukar dalam hidupnya.

"Buat masa ini, saya harap semua pihak faham. Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Sebenarnya saya mahu rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya," tambahnya.

Menurut Farah, keadaan kesihatan Yassin kini berada dalam keadaan baik, malah berat badannya turut menunjukkan peningkatan – satu petanda positif selepas melalui tempoh mencabar.

"Alhamdulillah, dia sihat. Berat badannya juga makin naik. Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin," katanya penuh syukur.

Untuk rekod, nama Yassin mula menjadi perbualan hangat selepas laporan media pada Oktober 2024 mendakwa seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, atas kesalahan memiliki ganja. Walaupun tidak disebut secara rasmi, ramai pihak mengaitkan individu berkenaan dengan Yassin.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak keluarga atau rakan-rakan Senario ketika itu. Ketiadaan Yassin dalam acara-acara melibatkan kumpulan Senario sejak itu turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat dan penggiat seni.

Difahamkan, pelawak terbabit dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan dijadualkan pulang sekitar April 2025.

Namun, pelawak terkenal Saiful Apek, yang juga rakan seperjuangan Yassin, pernah memaklumkan bahawa Yassin sebenarnya tidak ditahan di penjara, sebaliknya menjalani rawatan pemulihan, walaupun tidak memperincikan bentuk pemulihan yang dimaksudkan.

Buat masa ini, fokus utama Yassin adalah untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, memperbaiki keadaan diri dan menyesuaikan semula kehidupan selepas melalui pengalaman yang penuh cabaran.

Kepulangan Yassin telah disambut dengan rasa syukur dan kegembiraan oleh keluarga serta peminat yang selama ini mendoakan agar beliau kembali dengan selamat.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us