
Foto: Kosmo
Hari ini, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman daripada tiga pertuduhan dadah, serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan sebulat suara selepas menerima rayuan akhir Yasin, sekaligus mengetepikan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan yang sebelum ini diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sebelum ini, pada 22 Ogos 2023, Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Yasin.
Yasin sebelum ini telah didakwa memiliki 193.7 gram kanabis, menanam 17 pokok kanabis, serta mengambil dadah berbahaya, mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mahkamah hari ini bagaimanapun membatalkan sabitan tersebut dan mengarahkan Yasin kembali menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.