Pemain pertahanan Arab Saudi, Yasser Al-Shahrani dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat bertembung dengan rakan sepasukan, Mohammed Alowais pada aksi kumpulan C menentang Argentina dalam temasya Piala Dunia 2022.

Malah, Yasser juga cedera dan retak di bahagian tulang rahang dan juga tulang wajah.
Insiden tersebut berlaku apabila Al-Shahrani terkena lutut Alowais ketika permainan memasuki masa kecederaan selain penjaga gol itu mahu menangkap bola di udara ketika pasukan lawan melancarkan gerakan serangan ketika kedudukan 2-1 memihak kepada wakil Asia itu.
Berusia 30 tahun, dia dikatakan menerima rawatan dan digantikan dengan Mohammed Alburayk setelah tidak mampu meneruskan permainan ekoran kecederaan parah yang dialami.
Selepas dirawat, pemain itu dinasihatkan untuk menjalani pembedahan dengan segera bagi menghentikan pendarahan di muka akibat kecederaan yang melibatkan tulang rahang dan tulang wajahnya.
Malah, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman bertindak untuk mengarahkan agar pemain itu segera diterbangkan ke Jerman menggunakan jet peribadi untuk menjalankan pembedahan.
Sumber: Vocket / FIFA World Cup 2022
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.