
YouTube sering menjadi platform untuk menonton video-video menarik tidak kira sama ada golongn dewasa atau kanak-kanak. Tetapi bahaya menanti kanak-kanak kerana kebanyakan kandungan video di YouTube tidak ditapis dan ini boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah dengan video yang tidak elok dan berunsur negatif apabila ianya digunakan tanpa kawalan.
Seorang pengguna Facebook, Cikgu Zafran, telah mendedahkan bahaya penggunaan YouTube oleh kanak-kanak jika ianya digunakan tanpa kawalan oleh orang dewasa dana pa yang memeranjatkan ialah dia menemui pelbagai video tidak senonoh yang menggunakan nama-nama karakter kartun popular tanah air.
Antara video-video yang sangat tidak elok untuk kanak-kanak ialah video kanak-kanak lelaki bersunat, perkahwinan yang tidak berkaitan dengan kanak-kanak.
Tetapi YouTube telah menyediakan satu aplikasi khas untuk kanak-kanak yang diberi nama YouTube Kids. Dengan aplikasi ini, video-video yang berunsur lucah telah ditapis dan diblok. Tambahan lagi, hasil carian perkataan-perkataan yang tidak sesuai dengan kanak-kanak juga sudah ditapis dengan aplikasi YouTube Kids ini.


Untuk memuatturun aplikasi ini, anda boleh klik:-
Untuk iOS
Untuk Android
Sumber dari Siakap Keli dan Facebook Cikgu Zahran
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.