Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

"Saya Hanya Akan Bekerja Dengan Individu Pro-Palestin Sahaja.. Fullstop!” - Yuna

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Dec 2025, 10:55 AM

”saya hanya akan bekerja dengan individu pro-palestin sahaja.. fullstop!” - yunaFoto: Instagram

Penyanyi dan komposer antarabangsa, Yuna, menegaskan bahawa setiap projek baharunya kini hanya akan melibatkan individu atau pasukan yang benar-benar menyokong Palestin. Bagi Yuna, soal prinsip bukan lagi perkara yang boleh dirunding, terutama ketika isu kemanusiaan semakin kritikal.

“Tapi saya ada pendirian sendiri. Contohnya, saya hanya akan bekerja dengan orang yang memang pro-Palestin. Fullstop (muktamad),” katanya tegas ketika bercakap mengenai hala tuju kerjayanya.

Yuna turut mendedahkan bahawa sikap selektifnya bukan sekadar cakap kosong. Beberapa tawaran kolaborasi daripada artis luar negara terpaksa ditolak kerana pendirian mereka tidak selari dengan perjuangan Palestin. 

“Bahkan, saya dah banyak kali cakap ‘tidak’ kepada artis yang bukan (pro-Palestin). Ada seorang DJ nak pakai lagu saya, memang sangat berpengaruh… tapi saya terpaksa cakap dengan pengurus yang saya tak boleh (bekerjasama),” katanya lagi.

Walaupun keputusannya mungkin dilihat berisiko dalam industri muzik global, Yuna menegaskan bahawa kerjayanya tetap berjalan seperti biasa. Dia masih aktif mengatur projek di Amerika Syarikat dan lebih yakin bekerja dengan mereka yang memahami serta menghormati pendiriannya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu berkata keputusan ini dibuat atas dasar prinsip dan tidak pernah menyesal.

Baginya, nilai kemanusiaan lebih penting daripada sebarang tawaran besar atau peluang yang kelihatan menguntungkan.

Pendiriannya sekali lagi mencerminkan suara lantang ramai artis dan masyarakat Malaysia yang terus menunjukkan solidariti terhadap Palestin sejak konflik itu kembali memuncak. 

Yuna yakin bahawa memilih untuk kekal teguh merupakan cara paling bermakna untuk menggunakan platformnya sebagai seniman.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us