Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Benda Ini Privasi, Saya Mungkin Takkan Kongsikan Kepada Semua” - Zaquan Adha Mohon Diberikan Ruang

Aimi Amira Nordin
12 Feb 2025, 05:12 PM

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak memohon agar diberikan ruang agar dia dan isteri, Ayu Raudhah kuat menempuh ujian yang telah diberikan kepadanya.

Memetik laporan Stadium Astro, Zaquan memberitahu bahawa dia dan keluar amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya untuk menghadapi ujian yang berat ini.

"Tiada apa yang saya boleh katakan, cuma saya minta doakan saya dan isteri kuat, kami anak ramai setiap dari mereka ada bahagian masing-masing. Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami.

"Terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepada kami daripada dapat berita sehingga ke hari ini. Tiada apa yang saya boleh katakan selain terima kasih,” ujarnya kepada wartawan ketika ditemui di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada pagi tadi.

Namun begitu, Zaquan juga meminta orang ramai untuk memberinya serta keluarga ruang untuk bertenang kerana masih masih berada dalam keadaan terkejut dengan berita kehilangan anak bongsunya itu.

"Biarlah benda ini privasi untuk keluarga saya, biar hanya saya, isteri dan anak- anak sahaja tahu apa yang jadi. Saya hanya bersyukur mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan saya mungkin tidak akan kongsikan kepada semua.

"Kami masih dalam keadaan terkejut kerana baby dalam keadaan yang sangat sihat dan baik. Kami memang sangat terkejut jadi kami minta untuk beri ruang kepada kami sekeluarga," tambah Zaquan lagi.

Sebelum ini, Zaquan telah berkongsi berita pilu mengenai kehilangan anak bongsunya menerusi media sosial Instagram miliknya.

Pelakon Rozita Che Wan yang merupakan kakak ipar kepada Zaquan memberitahu bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan apabila melihat anaknya sudah tidak sedarkan diri.

 

Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees sebelum ini menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir.

Walau bagaimanapun, jenazah telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.

Sumber : Stadium Astro

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us