Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Isu Video Tular Pimpin Tangan Zayn Rayyan, Polis Rakam Keterangan Ismanira

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Mar 2025, 02:11 PM

Polis mengesahkan pihaknya telah merakam keterangan ibu kepada kanak-kanak autistik mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matin berhubung satu video terkini yang tular di media sosial.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklum dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Menurutnya, proses rakaman keterangan pengadu itu dijalankan pihaknya kelmarin.

isu video tular pimpin tangan zayn rayyan, polis rakam keterangan

Foto: Sinar Harian

Video itu memaparkan wanita itu, Ismanira Abdul Manaf berjalan sambil memegang tangan dua anaknya termasuk Zayn Rayyan di kawasan parkir motosikal Blok R Apartment Idaman Damansara Damai dekat Petaling Jaya.

"Bagaimanapun, polis Sungai Buloh tidak menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu kerana kejadian permulaan berlaku di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Laporan terbabit dirujuk semula kepada laporan yang pertama iaitu di IPD Petaling Jaya," katanya kepada wartawan hari ini.

Mohd Hafiz memberitahu, laporan itu diterima Balai Polis Kampung Baru Subang pada 2.43 petang.

Menurutnya, pengadu memaklumkan menerima satu pautan link video TikTok melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi kira-kira seminit pada 6 Mac lalu.

Beliau dipetik berkata, dalam pautan berkenaan terdapat rakaman video menunjukkan pengadu sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anak iaitu arwah Zayn Rayyan dan Mateen menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R apartment berkenaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us