Indeks Kesengsaraan Tahunan Steve Hanke (HAMI) melaporkan Zimbabwe dinamakan sebagai negara paling sengsara pada tahun lalu.
Kadar inflasi yang tinggi serta pengurusan ekonomi yang tidak ditadbir dengan betul juga merupakan salah satu faktor negara tersebut disenaraikan sebagai negara paling sengsara.

Skor HAMI menunjukkan senarai setiap negara dengan menggunakan kaedah yang menetapkan pengangguran, inflasi, kadar pinjaman bank dan peratusan perubahan dalam keluran dalam negara kasar (KDNK) sebagai penentu kedudukan.
Lebih 157 buah negara itu menyalahkan parti politik yang memerintah Zimbabwe, ZANU-PF dan dasar-dasarnya sehingga menimbulkan kesengsaraan meluas dalam kalangan rakyatnya.
“Dasar-dasar Zimbabwe telah menyebabkan keadaan sengsara yang serius.
“Contohnya, negara itu telah menghadapi ‘endemik’ inflasi sejak era bekas presiden, Robert Mugabe termasuk dua episod hiperinflasi, di mana kadar inflasi melepasi 50 peratus sebulan,” kata Hanke, profesor ekonomi gunaan di Universiti Johns Hopkins.
Senarai tersebut selain itu meletakkan Venezuela di tempat kedua, dan diikuti dengan Syria, Lebanon, Sudan, Argentina, Yemen, Ukraine, Cuba serta Turkiye yang menduduki kelompok 10 negara teratas yang paling sengsara di dunia.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.