
Foto: Instagram
Pelakon dan penyanyi terkenal, Zizan Razak mendedahkan bahawa dia mengalami kerugian besar yang mencecah jutaan ringgit ekoran menjadi mangsa penipuan oleh beberapa pihak termasuklah rakannya sendiri.
Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak menjelaskan bahawa ianya berpunca daripada dasar meminjam wang rentetan perniagaan, namun mempunyai satu persamaan iaitu mereka akhirnya ‘lesap’ begitu sahaja.
Menerusi artikel Sinar Harian, penyanyi lagu Infiniti Cinta itu memberitahu bahawa kes penipuan bukanlah berkaitan dengan bisnes baju Melayu yang kini diusahakan, akan tetapi membabitkan perniagaan-perniagaan lain sebelum ini.
"Ada yang meminjam wang daripada saya, ada juga yang ingin menjalinkan perniagaan bersama saya, tetapi bila hajat telah dipenuhi dan minta bayaran, semula hilang.
"Bagi orang seperti saya, nilai itu memang besar mencecah jutaan ringgit tetapi saya fikir mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Foto: Instagram
Jelasnya, dia cuba melihat semua itu dari sudut positif dan tetap bertanya mengenai duitnya, tetapi tidak sehingga tahap 'mengemis' duit sendiri.
Bagaimanapun, Zizan berpendapat bahawa hal berkaitan hutang ini berbalik pada kejujuran dan amanah dalam perjanjian.
"Ada yang rapat, tidak rapat pun jadi rapat sebab duit. Saya harap apa yang berlaku bukan dengan niat tetapi tidak tahulah bila telefon tidak diangkat berbeza dengan awal-awal berkenalan dan mengajak berniaga.
"Saya tetap bertanya tetapi tidak mengemis. Dari kejar macam pengemis lebih baik saya memilih terus bekerja kerana ALLAH masih beri rezeki dan peluang.
"Bukan saya yang tidak jujur. ALLAH masih beri saya rezeki dan peluang, jadi saya anggap ini sebagai ujian,” ujarnya.
Pelakon siri filem Polis Evo itu bagaimanapun tidak menyimpan dendam sebaliknya menyerahkan kepada Tuhan yang Esa untuk membalas segala perbuatan mereka.
"Alhamdulillah saya masih mampu tersenyum, mungkin ada kesilapan dari saya punca berlaku perkara sebegini, mungkin juga ALLAH mahu menguji saya dan dia.
"Saya lihat orang seperti ini tidak senang pun, kalau senang pun tidak tenang. Saya tahu tidur mereka tidak lena,” tuturnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.