ÜBERMENSCH menampilkan G-Dragon dalam sebuah dokumentari konsert epik yang merakam jelajah dunia Übermensch World Tour — kemunculan semula beliau selepas lapan tahun berehat daripada pentas solo. Jelajah ini bermula di Goyang, Korea Selatan, sebelum meneruskan perjalanan ke 11 bandar di rantau Asia-Pasifik, seterusnya ke Amerika Syarikat dan Eropah. Filem ini membawa penonton menyelami setiap momen berharga, dari belakang tabir hingga ke persembahan penuh tenaga di atas pentas, dalam skala sinematik yang memukau.
Dalam produksi megah ini, G-Dragon mempersembahkan deretan lagu-lagu hitsnya seperti Heartbreaker, CROOKED, POWER dan Home Sweet Home. Turut menyerikan persembahan ialah penampilan istimewa ahli kumpulan asal BIGBANG seperti Taeyang dan Daesung, serta ikon wanita K-pop, CL. Penggunaan teknologi sinematografi canggih seperti ScreenX, 4DX dan Ultra 4DX menjadikan tontonan ini bukan sekadar konsert di layar besar, tetapi pengalaman imersif seolah-olah penonton berada betul-betul di hadapan pentas.

Judul ÜBERMENSCH diambil daripada falsafah Friedrich Nietzsche yang membawa maksud “manusia di atas manusia” atau “melampaui manusia biasa”. Konsep ini menjadi simbol perjalanan evolusi G-Dragon — dari seorang artis muda yang penuh eksperimen kepada seniman matang yang berani menentang batas konvensi.
Lebih daripada sekadar dokumentari muzik, ÜBERMENSCH merupakan sebuah refleksi diri tentang kekuatan, kreativiti dan transformasi seorang ikon global. Filem ini bukan hanya menghidupkan semula kenangan peminat terhadap konsertnya, tetapi turut mengajak mereka menyelami sisi mendalam seorang G-Dragon yang kini berdiri sebagai lambang seni dan keberanian tanpa sempadan.
Nak jadi yang terawal menonton filem G-Dragon : ÜBERMENSCH yang paling dinanti tahun ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 28 Oktober 2025.
Lokasi: GSC 1 UTAMA
Masa: 8:30 Malam