Anda peminat filem berunsur aksi? Filem Karate Kid: Legends membawa semula dua watak lagenda iaitu Mr. Han (Jackie Chan) dan Daniel LaRusso (Ralph Macchio), dalam kisah baharu yang penuh aksi dan semangat.
Li Fong (Ben Wang), seorang remaja yang hebat dalam kung fu, berpindah ke New York bersama ibunya. Di sana, dia berkawan dengan seorang rakan sekelas dan ayahnya. Tapi ketenangan itu tidak lama apabila seorang juara karate tempatan mula mengganggunya. Untuk mempertahankan diri, Li Fong menyertai satu pertandingan karate terbesar. Dengan tunjuk ajar dari dua guru hebat, dia belajar bukan saja teknik bertarung, tetapi juga keberanian, hormat dan kekuatan dalaman.
Dengan bimbingan dua gurunya, Li Fong mempelajari gaya baru yang menggabungkan kung fu dan karate. Berbekalkan semangat yang kuat dan latihan yang gigih, dia bersedia untuk menghadapi pertarungan terbesar dalam hidupnya. Adakah Li Fong mampu mengatasi halangan yang menantinya? Mampukah dia membuktikan bahawa kekuatan sebenar datang dari dalam hati?
Nak jadi yang terawal menonton filem aksi paling dinanti tahun ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 03 Jun 2025
Lokasi : TGV Pavilion Bukit Jalil
Masa: 9:00 Malam