Konsert Amal Simfoni Gemilang merupakan sebuah acara muzik istimewa yang menggabungkan keindahan alunan orkestra dengan sentuhan vokal artis-artis ternama tanah air. Konsert ini dianjurkan sebagai platform hiburan berkualiti tinggi sambil membawa misi kebajikan, menjadikan muzik sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan dan keprihatinan kepada masyarakat.
Menampilkan susunan muzik simfoni yang eksklusif, konsert ini mempersembahkan rangkaian lagu-lagu malar segar dan karya ikonik dalam versi baharu yang lebih megah dan beremosi. Setiap persembahan dirancang rapi dengan iringan orkestra profesional, pencahayaan dramatik, dan produksi pentas yang memukau bagi memberikan pengalaman persembahan yang bermakna kepada penonton.
Lebih daripada sekadar hiburan, Konsert Amal Simfoni Gemilang membawa mesej kemanusiaan dan solidariti, di mana sebahagian hasil konsert disalurkan kepada tujuan amal terpilih. Ia menjadi simbol perpaduan antara seni dan kebajikan, sekali gus mengajak masyarakat untuk menikmati keindahan muzik sambil bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Nak menonton Konsert Amal Simfoni Gemilang yang paling dinanti tahun ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke konsert ini. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 24 Januari 2026
Lokasi: Grand Banquet Hall, UTM Hotel Residence, Kuala Lumpur
Masa: 2 Petang