Konsert DiA Misha Omar bakal menjadi persembahan istimewa yang meraikan lebih dua dekad perjalanan seni penyanyi bervokal besar ini. Dijadual berlangsung pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, konsert ini menampilkan gabungan susunan muzik baharu, produksi visual yang lebih besar serta penyampaian penuh emosi yang menjadi identiti Misha. Dengan konsep persembahan yang lebih fokus dan intim, peminat dijangka menikmati rangkaian lagu-lagu hits yang pernah mengangkat namanya sejak awal kerjaya.
Tiket mula dijual pada 25 Julai 2025, dengan harga antara RM288 hingga RM588 mengikut kategori, bersama pakej eksklusif seperti VIP 1 bernilai RM1,200 yang merangkumi Meet & Greet dan Soundcheck Pass. Jualan dilaksanakan melalui platform JioTix dan menerima sambutan awal yang sangat positif daripada peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan berskala besar ini. Dianjurkan oleh pasukan produksi profesional, konsert ini dijangka menjadi malam penuh apresiasi bagi menghargai sokongan peminat yang setia bersama Misha sepanjang lebih dua dekad perjalanan muziknya.

Nak saksikan pelbagai persembahan memukau yang penuh magis ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke Konsert DIA: Misha Omar. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 29 November 2025
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Masa: 8:00 Malam