Deep Purple, kumpulan rock legenda dari UK, akan mengadakan konsert satu malam sahaja di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 23 November 2025. Ini adalah persinggahan tunggal mereka di Asia Tenggara dan kembali ke Malaysia selepas lebih 15 tahun. Mereka dikenali sebagai perintis rock, dengan kerjaya bermula sejak 1968 dan mempunyai 23 album studio, serta lebih 100 juta rekod terjual di seluruh dunia. Antara lagu ikonik yang dijangka diputarkan ialah “Smoke on the Water”, “Highway Star” dan “Child in Time” — yang menggambarkan legasi muzik mereka yang kekal relevan sehingga kini.

Nak saksikan pelbagai persembahan memukau yang penuh magis ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke Konsert Deep Purple Live In Malaysia Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: Ahad, 23 November 2025
Lokasi: Megastar Arena, Kuala Lumpur
Masa: 8:00 Malam