🔥 Bersedia untuk dirampas oleh muzik yang luar biasa! Konsert ‘RAMPAS’, Akim & The Majistret, ini bakal diadakan di Megastar Arena pada hari Sabtu, 28 Jun 2025, bermula pada jam 8.30 malam.

“Rampas” bukan sekadar tajuk tetapi ia simbolik kepada bagaimana muzik mereka akan merampas perhatian dan hati para peminat yang dahagakan persembahan live yang jujur, penuh bertenaga dan luar jangka.
Dengan barisan lagu-lagu ikonik seperti “Rampas”, “Potret”, “Obses” dan “Lygophobia”, Akim & The Majistret terus membuktikan mereka bukan sekadar band biasa. Setiap persembahan mereka dipenuhi vokal bertenaga, susunan muzik yang mendalam, dan aura pentas yang menggila menjadikan setiap konsert satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Inilah kumpulan yang akan merampas malam anda dengan muzik dan emosi yang menggelegak!
Nak saksikan persembahan memukau mereka? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke Konsert ‘RAMPAS’, Akim & The Majistret di Megastar Arena. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 28 Jun 2025
Masa: 8:00 Malam
Lokasi: Megastar Arena Kuala Lumpur
Tiket: www.ticket2u.com.my/rampas