Anda peminat filem genre aksi, sains fiksyen? JURASSIC WORLD REBIRTH ialah sebuah filem membawa kita ke dunia baru, di mana dinosaur kini hidup bebas bersama manusia. Filem ini akan dibintangi oleh Scarlett Johansson, Mahershala Ali dan Jonathan Bailey di pawagam seluruh Malaysia bermula 03 Julai 2025 ini!

Dalam filem ni, kita akan lihat bagaimana manusia cuba untuk terus hidup dalam dunia yang penuh bahaya. Dalam Jurassic World: Rebirth, dunia bukan lagi milik manusia sepenuhnya. Spesies dinosaur yang pernah pupus kini sudah semakin bebas dan mereka bukan sahaja jadi tontonan umum mereka sudah menjadi ancaman sebenar! Manusia terpaksa ‘survive’ bersama atau melawan mereka.
Filem ini sarat dengan aksi, emosi dan visual yang memang luar biasa dari sebelum ni! Lagi mengujakan, pelakon lama dan baru dari filem-filem Jurassic sebelum ni pun akan digandingkan bersama dalam filem ini.
.
Nak jadi yang terawal menonton filem JURASSIC WORLD REBIRTH paling dinanti tahun ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 1 Julai 2025
Lokasi : TGV 1 Utama
Masa: 8.30 Malam