Bersedialah untuk malam penuh emosi bersama suara emas Hafiz Suip. Buat pertama kalinya, penyanyi bersuara luar biasa ini akan tampil dalam konsert solo istimewa berjudul “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip Live in Concert.”Persembahan ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu perjalanan hidup yang sarat dengan makna. Melalui setiap lagu, Hafiz mengajak penonton menyelami sisi peribadi dan kisah di sebalik kejayaan seorang insan seni yang pernah jatuh, bangkit dan terus menginspirasi.
Konsert ini akan berlangsung pada 1 November 2025 (Sabtu) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Malam istimewa ini bakal menampilkan deretan lagu hits seperti Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Kisah Cinta Kita dan banyak lagi. Setiap lagu akan disampaikan dengan penuh emosi dan kejujuran yang menjadi identiti Hafiz. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan suara serta kisah di sebalik seorang Hafiz Suip secara langsung di pentas besar buat julung kalinya.

Nak saksikan persembahan memukau yang penuh magis ini? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke konsert Di Sebalik Aku, Hafiz Suip. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Masa: 8:30 Malam