Bersedia Malaysia! Bintang antarabangsa dan ikon reggae/dancehall, Sean Paul, bakal menggegarkan pentas tempatan dalam konsert eksklusif “Sean Paul Live in Malaysia” – sebuah malam yang penuh dengan rentak panas, tarian tanpa henti, dan tenaga luar biasa!
Dengan deretan lagu hits seperti Temperature, Get Busy, No Lie, She Doesn’t Mind dan Baby Boy, Sean Paul akan membawa peminat mengembara ke dunia muzik yang penuh warna, berirama tropika dan penuh semangat.

Konsert ini menjanjikan satu pengalaman muzik yang tak akan dilupakan – di mana irama Jamaica bertemu semangat Malaysia, dalam satu pesta muzik yang gempak habis!
Nak saksikan persembahan memukau Sean Paul? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke konsert Sean Paul Live in Malaysia. Jawab soalan mudah berikut:
Tarikh: 10 Oktober 2025
Masa: 8.00 Malam
Lokasi: Idea Live Arena