Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki dilihat memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak lain bersamanya di sebuah kawasan perumahan.
Video tular berkenaan telah mendapat perhatian warganet tentang keselamatan kanak-kanak tersebut dan peranan ibu bapa mereka.
Pihak polis telah merakam keterangan bapa kepada remaja lelaki berusia 13 tahun yang di kesan memandu kereta di sebuah taman perumahan di Puchong, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya memaklumkan peniaga berusia 53 tahun dan anaknya itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, kira-kira pukul 11 malam tadi.
Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku di Taman Putra Impiana, Puchong sekitar pukul 8 malam pada Ahad lalu.
“Turut bersama remaja lelaki berkenaan dalam kereta sama ialah dua adik lelakinya masing-masing berusia 4 dan 6 tahun,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Siasatan lanjut akan disiasat mengikut Seksyen 39(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.